July 17, 2008

Tun Mahathir Tak Mudah Lupa

Some say let bygone be bygone. As good Muslims we should forget and forgive. It is easy to say this if you are not the subject of Anwar's plotting and vengeance. Itu pembuka kata tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya www.chedet.com. Dua kali berturut-turut bekas Perdana Menteri ini tulis pasal Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kehangatan kes dakwaan liwat terhadapnya dan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi surat akuan bersumpah P Balasubramanian yang kemudiannya ditarik balik.
Bagi Dr Mahathir seluruh hu ha drama politik pertaruhan besar yang dipertontonkan kini kepada ramai adalah hasil komplot oleh Anwar. "Saya tidak menagih simpati daripada sesiapa. Tetapi agak keterlaluan mengharapkan saya untuk melupa dan memaafkan sesuatu yang sedang berlaku akibat komplot oleh Anwar. "Anwar memang berjaya menghitamkan nama saya di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi juga di negara-negara Islam. Mereka semua fikir saya mencampakkan beliau ke penjara dengan sewenangnya atas sebab-sebab politik. "Beliau tidak pernah ceritakan bagaimana beliau dibicarakan, bagaimana beliau dibela oleh sembilan peguam, bagaimana hakim menulis keputusan 360-muka terhadap beliau, bagaimana rayuannya ditolak sebanyak dua kali," kata Mahathir.
Dr Mahathir menambah, "Beliau (Anwar) telah menyaman saya sebanyak RM100 juta. Beliau telah berjaya menyebabkan peguam saya hilang kredibiliti. Sekarang saya tidak mempunyai peguam untuk membela saya menentang samannya. Saya masih menghadapi saman beliau". Anwar, kata beliau, kini mengalihkan perhatiannya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Seperti biasa beliau (Anwar) mencari seseorang untuk membuat kenyataan yang mengandungi dakwaan terhadap orang itu. Nampak macam tidak ada kaitan antara komplot beliau terhadap saya dan serangannya terhadap Datuk Seri Najib. Dalam tulisan pertamanya mengenai isu itu Dr Mahathir bentangkan fakta-fakta mengenai penghakiman perbicaraan kes liwat Anwar pada tahun 2000-2004 dulu yang menurutnya tidak dilaporkan dengan jelas oleh media.
“Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya. Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya,kata Dr Mahathir. Menurutnya masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan. “Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. "Tun Jebat" pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi; "Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt". Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah. Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku. Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan. Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi. Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar. Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia. Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.”

No comments: