YB Menteri Penerangan dalam lawatan ke Venuezela menyatakan bahawa beliau terpaksa membayar pada harga RM 800 untuk nilai makanan hanya untuk 4 orang sahaja!! Iniadalah sesuatu yang amat berbeza dengan harga makanan di Malaysia. Harga yang terlalu mahal adalah diakibatkan kadar inflasi yang terlalu tinggi di antara 20 - 30 % setahun!
Ini sesuatu yang berbeza sekiranya dibandingkan dengan kadar inflasi di negara Malaysia iaitu hanya pada kadar 3 - 5 % yang berubah dalam kadar beberapa tahun. Secara perbandingannya kadar inflasi pada tahun 2004 hanya pada kadar 3.5% dan meningkat hanya kepada 5.6% pada 2008.
Sepertimana kita semua sedia maklum, Venuezela adalah sebuah negara pengeluar minyak yang terkemuka dunia sehingga pernah mengeluarkan minyak 5 juta tong sehari! Kini, Venuezela mengeluarkan sebanyak 2.4 juta tong sehari.
Walaupun harga petrol diturunkan sehingga RM0.30/liter!!!! hanya untuk menjadi kerajaan yang popular di kalangan rakyat, tetapi pada hakikatnya rakyat Venuezela terpaksa menanggung kos hidup yang terlalu tinggi. Minyak mungkin amat murah tetapi kos makanan adalah terlalu membebankan.
Pada dasarnya kerajaan Malaysia juga turut boleh menurunkan harga minyak ke paras yang terlalu murah untuk menjadi popular, tetapi peningkatan kadar inflasi akan menjejaskan kehidupan seharian rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak pada harga RM 2.70 pada 4 Jun yang lalu di samping mengekalkan subsidi sebanyak 30%.
Langkah ini diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan juga politik demi masa depan negara. Sebagai rakyat, anda boleh membuat pilihan samada untuk memilih Makanan atau Petrol pada harga yang murah. Tepuk dada tanya selera!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment