July 16, 2008

DEBAT : BN vs PR

SYABAS dan TAHNIAH kepada YB Menteri Penerangan Malaysia yang berani menyahut cabaran dalam DEBAT yang berlangsung Di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam. Lihatlah betapa telus dan beraninya kerajaan menyiarkan debat itu secara langsung kepada dunia. Apa jua yang didebatkan semalam menjadi topik hangat perbincangan di kedai-kedai kopi seluruh negara.

Apa yang pasti, kedua-dua penyokong samada kerajaan mahupun pembangkang melihat dua individu berhujah berkenaan harga minyak tanpa sekatan di mana ia seharusnya dinilai sebaik mungkin demi kepentingan rakyat bukan sahaja pada hari ini tetapi juga masa depan warisan kita. Sepertimana kata YB Menteri malam tadi, pembangkang boleh membuat apa sahaja dalam janji mereka tetapi yang memikul tanggungjawab adalah pemerintah.

Kerajaan BN sekiranya mahu popular boleh sahaja menurunkan harga minyak ke paras terendah hatta memberi ia secara percuma tetapi beban yang akan tertanggung adalah lebih berat dan menyakitkan semua. Harapan penyokong Pakatan Rakyat untuk melihat formula Dato'Seri Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak juga tidak kesampaian kerana hujah tersebut adalah ketinggalan dan sememangnya telahpun difikirkan oleh kerajaan.

Yang penting pada rakyat kini, lihatlah bagaimana kerajaan memberikan ruang dan masa kepada pembangkang untuk berhujah apa jua permasalahan rakyat di medan yang adil dan begitu telus. Inilah intipati utama yang perlu dinilai dan dihargai oleh rakyat khususnya penyokong pembangkang.

No comments: