June 11, 2009

Bila Dua Presiden Bertemu II......................


Perkembangan mutakhir politik tanahair menampakkan bibit-bibit menarik yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam/Melayu di Malaysia.
Sebagai pemimpin dua Parti Politik utama negara, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato' Seri Hj Hadi Awang perlu berperanan dengan lebih jelas dalam usaha menyatupadukan umat Melayu. Pergolakan dalaman PAS mahupun Pakatan Rakyat perlu dilihat sebagai cabaran dan bukannya penghalang kepada idea perpaduan yang diutarakan.
Perjuangan membela agama dan bangsa jauh lebih utama daripada politik kepartian. Dua Presiden perlu mengadakan pertemuan empat mata untuk merungkaikan persoalan yang bermain dibenak pemikiran ahli-ahli parti. Kalangan pemimpin pembangkang seringkali mengkisahkan sejarah penyatuan PAS dan UMNO suatu ketika dahulu. PAS diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut yang merugikan PAS.
Kepada Presiden PAS, usah dilayan kehendak pemimpin-pemimpin tersebut yang jelas mengenepikan kehendak Islam secara jelas mahukan perpaduan di kalangan Islam. Kepentingan agama harus diutamakan.

June 8, 2009

Impian Perdana Menteri

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita.
Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

Babi di Jabi

Cadangan Kerajaan PAS Kedah untuk memindahkan Pusat Penyembelihan Babi ke Jabi, Pokok Sena sebagai menggantikan pusat penyembelihan sediada di Kg Berjaya Alor Setar amat dinanti-nantikan penduduk serta peniaga di kawasan Pasar Kg Berjaya.

Penyelesaian isu yang berlarutan puluhan tahun berjaya diselesaikan oleh PAS.

Rakyat yang menerima kesan buruk di sekitar Pusat Penyembelihan sediaada berbesar hati dengan keputusan kerajaan Negeri yang jelas memahami kehendak rakyat. Tetapi....

Berlainan pula dengan penduduk sekitar Jabi yang bakal menerima projek pembangunan yang difahamkan berskala besar untuk membangunkan kawasan tersebut. Yang tidak difahami mengapa penduduk di Jabi tidak mahukan projek berkenaan yang jelas menguntungkan mereka!

Inilah kerajaan yang dimahukan oleh rakyat di Jabi yang meletakkan prinsip keadilan untuk semua kaum dan agama...

Isu ini tidak sukar difahami susur galurnya kerana PAS sudah tentunya mendapat tekanan daripada rakan politik strategik mereka untuk terus mewujudkan pusat penyembelihan seumpamanya. Jika tiada tekanan tersebut, mengapa tidak saja ditutup tanpa perlu dibuka di mana-mana tempat di negeri ini. Apakah tidak efisien daging haiwan tersebut diimport terus dari Pulau Pinang tanpa menjejaskan persekitaran Kedah.

Kerajaan Pulau Pinang semestinya menyukai pengimportan tersebut kerana ianya akan menambah kantung pendapatan kerajaan negeri. Bukankah telah diwujudkan Deklarasi Mentalon yang jelas mahukan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri pimpinan pembangkang?

Rakyat perlu memahami dengan jelas agenda di luar kotak pemikiran rakyat kebanyakan yang menjadi teras kepada perjuangan pembangkang. Sama-sama kita nantikan perkembangannya............

Antara Kepentingan Politik dan Agama

Muktamar PAS baru-baru ini mencerminkan kegagalan PAS untuk meneruskan pendekatan Islamik mereka kerana percanggahan di kalangan pimpinan PAS dalam menentukan hala tuju perjuangan.
Presiden PAS dengan jelas memahami situasi politik tanahair yang memerlukan PENGORBANAN BESAR daripada semua umat Islam berketurunan Melayu untuk terus mendasari Kerajaan Persekutuan mentadbir negara yang mempunyai pelbagai budaya dan agama.
Kepentingan dan muslihat politik PKR yang majoriti pemimpinnya di kalangan bukan Melayu jelas kelihatan dan semakin menampakkan belangnya. Hadi Awang bertindak bijak bersama Timbalan Presiden PAS untuk terus berdialog bersama UMNO demi kepentingan umat Islam walaupun disanggah hebat oleh Mursyidul Am PAS.
Pemahaman dan perjuangan Islam yang ditunjukkan kedua pemimpin seharusnya disambut baik oleh pemimpin UMNO untuk terus menjalin silaturrahim di antara dua parti siasah Melayu terbesar di Malaysia. PAS sewajarnya kembali kepada tuntutan agama yang jelas mahukan perpaduan dan keamanan walaupun terpaksa ditelan pahit kemarahan golongan yang tidak mahu kepada tuntutan agama ini.
Rakyat kini menanti episod baru politik Malaysia yang menjurus ke arah perpaduan demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.