Bermulanya persidangan cawangan-cawangan UMNO seluruh negara setelah mengalami kejutan dalam pilihanraya yang lalu sedikit sebanyak diperhati dan dianalisa oleh seluruh masyarakat terutamanya Melayu. Tumpuan diberikan kerana mereka yakin dan percaya bahawa UMNO yang ditubuhkan demi Agama, bangsa dan negara ini akan terus mengorak langkah berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia ini.
Kesinambungan kepimpinan sentiasa berlaku dalam UMNO dan sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu di dunia, UMNO akan terus diasak dan diganyang oleh musuh-musuh politik negara dan anasir-anasir luar yang mahu melihat wadah perjuangan Melayu ini tersungkur rebah ke bumi. Di Jerai.....
YB Dato'Dr. Ku Abd Rahman dijangka akan ditentang oleh Ybhg Dato'Mohd Suhaimi Hj Abdullah sebagai Ketua UMNO Bahagian. Pertembungan ini nampak seakan tidak dapat dielakkan lagi. Siapakah yang lebih menonjol dan akan berjaya?
Hanya ahli-ahli UMNO Jerai yang akan menentukan nasib mereka..............
Setelah YBhg Dato'Paduka Hj Badruddin Amiruldin dan YBhg Dato'Abd Razak Hashim mengumumkan tidak menawarkan diri lagi, ruang pertempuran semakin terbuka. Bermula dari Ketua Bahagian sehinggalah ke peringkat AJK Bahagian di semua sayap, calon-calon yang menawarkan diri semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri serta jawatan yang diinginkan. Kita tunggu dan lihatlah sehingga sebahagian besar daripada 148 cawangan bermesyuarat. Ketika itulah ahli-ahli UMNO dapat melihat dengan jelas pertempuran ini yang jarang-jarang berlaku di UMNO Bahagian Jerai.
Yang penting sebagai rakyat, pemilihan(pertempuran) haruslah berlaku dalam suasana muhibbah sesama Islam tanpa wujudnya prejudis dan fitnah di antara satu sama lain.Allah s.w.t akan meletakkan hambaNya yang bertakwa dan jujur dalam perjuangan ke tempat yang sewajarnya.
Selamat Bertempur!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment