Nampaknya memang Khatib ni sokong sungguh-sungguh kawan kita yang terlepas dari Sg Buloh. Apa ke tidaknya? Khutbah Jumaat lalu lagi sekali dia menghentam kerajaan kerana mengheret kawan dia ke muka pengadilan atas tuduhan yang sama seperti hujung tahun 90an. Konspirasi!! Inilah perkataan yang Khatib sebut atas mimbar.
Lalu dipersamakan Khatib dengan cerita Nabi Allah Yusuf yang direncanakan oleh saudara-saudaranya untuk dibunuh kerana iri hati Nabi Yusuf anak kesayangan ayah mereka. Kerajaan pimpinan UMNO dipersalahkan kerana memfitnah untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang disegani seluruh pimpinan dunia. UMNO juga dikatakan terlalu takut kepada rakan Khatib ini sehingga mereka-reka cerita dan membuat pendakwaan yang terpaksa di mahkamah bagi mengelakkan rakan Khatib bertanding di Permatang Pauh dan menjadi Ahli Parlimen.
Diceritakan panjang lebar bagaimana fitnah dan konspirasi berterusan terhadap Nabi Yusuf yang bersamaan dengan rakan Khatib ini sehingga akhirnya Nabi Yusuf menjadi Perdana Menteri Mesir pada ketika itu. Beliau dengan penuh taksub menyatakan dalam khutbah bahawa Allah jua akan menjadikan rakan beliau sebagai Perdana Menteri setelah mengharungi pahit getir cabaran politik.
Tetapi si Khatib lupa....Nabi Yusuf setelah dipenjara tidak pula memberontak, membuat demonstrasi di jalanan dan merusuh merosakkan harta benda awam. Yang Nabi Allah Yusuf lakukan semasa di penjara adalah bermuhasabah diri, mendekatkan diri pada Allah serta berdakwah kepada sekalian penghuni penjara.
Yang diceritakan semasa rakan Khatib dipenjara adalah menghina, membohongi rakyat bahawa sel penjara terlalu sempit, makan ikan kering dan tidak boleh bertemu dengan ahli keluarga dan cerita arsenik.Semua itu adalah pembohongan.
Si Khatib menuduh kerajaan berkonspirasi, memfitnah dan memburuk-burukkan rakan beliau tetapi apakah yang diucapkan oleh Khatib itu tidak fitnah? Di atas mimbar masjid pula tu!! Adakah si Khatib pernah bertanya kepada rakannya itu berkenaan tuduhan ke atasnya?Mengapakah rakan Khatib tidak berani bersumpah dengan Al-Quran demi menegakkan kebenaran?
Kepada Khatib dan mungkin juga penyokong rakan si Khatib, pernah diceritakan kepada penulis bahawa beberapa orang alim ulama pernah menghadiri majlis bacaan Yasin di rumah rakan Khatib setelah dipecat dari kerajaan suatu ketika dahulu. Apabila selesai majlis, bertanyalah seorang alim ulama kepada rakan Khatib adakah benar beliau tidak melakukan perkara terkutuk itu?Yang memusykilkan mereka ialah rakan Khatib tidak menjawab persoalan tersebut serta menukar topik perbincangan!
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita demi kesucian agama Islam dan kemakmuran Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment