August 25, 2008

Kata Percaya Al-Quran!!!

Pening kepala bila difikirkan tentang ahli-ahli dan penyokong pembangkang yang beragama Islam sekarang ini...tak faham betul tentang pegangan mereka ini. Agak-agaknya mereka ini tak pernah baca Al-Quran kot? Asyik dok dengar ceramah ja! Kali ini memang aku marah sungguh.

Kononnya memperjuangkan isi kandungan Al-Quran tapi...ambik yang mana untung parti ja!

Bila Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat semuanya dikatakan konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan Anwar. Nak pejatuh apa lagi dah memang jatuh pun! Hari-hari sembang pasal konspirasi..tau ka apa dia konspirasi? Sepertimana kata peguam Shafee Abdullah kepada Raja Petra "ingat kerja mudah ke polis nak buat konspirasi".

Apabila Anwar Ibrahim dituduh meliwat, jiran aku dengan penuh bangga menyatakan bahawa dia mahu Saiful (mangsa Anwar Ibrahim) bersumpah dengan Al-Quran bahawa beliau diliwat bagi membuktikan tuduhan beliau tetapi bila si Saiful bersumpah lain pulak ceritanya.

Bila dah bersumpah dikatanya diatur oleh UMNO untuk bersumpah!!! Dengar pula kata Nik Aziz sumpah Saiful adalah sumpah cara Kristian, lagi banyak idea la nak tepis kata aku. Dulu suruh sumpah dengan Al-Quran, dah bersumpah kata konspirasi pulak. Budak-budak sekolah rendah pun tak berani main-main dengan Al-Quran! Laknat Allah sampai Kiamat woi!!!!

Tak faham betullah aku depa ni! dah kata sumpah cara Kristian la, tak ikut cara Islam la, suruh la Anwar Ibrahim sumpah ikut cara yang betul..depan Nik Aziz lagi bagus!

Jangan harap la Anwar Ibrahim berani.Berani memang la berani Anwar Ibrahim ni tapi berani berbohong saja la!!!

Yang sebetulnya puak-puak pembangkang ni bukan depa tau apa pun. Yang depa tau syok tepuk tangan ja!Depakecoh ja.......

Harapan Kepada Pengundi P44

Esok 26 Ogos 2008 adalah hari yang amat penting kepada seluruh pengundi bagi Parlimen Permatang Pauh. Ini kerana, pengundi Permatang Pauh bakal menentukan hala tuju politik Malaysia samada kekal berdaya maju dengan keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang terjamin ataupun mahu budaya politik baru diterjemahkan secara terbuka dan penuh muslihat.

Sebagai penentu di Permatang Pauh, pengundi diharapkan bijak membuat percaturan masa depan kerana di sinilah bakal mencorak politik agresif dari pembangkang yang kini diterajui Anwar Ibrahim. Sejak di buang dari arus kepimpinan negara sedekad yang lalu, beliau menggunakan apa saja maklumat ataupun bahan untuk menghentam kerajaan.

Tidak ada satu pun yang baik yang telah dilakukan oleh kerajaan pada pandangan beliau. Mengapa ini berlaku sedangkan semasa berkuasa dahulu tidak pula perkara-perkara tersebut dibangkitkan. Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang menguntungkan akan dijaja ke seluruh pelusok negara atas nama kebenaran dan perjuangan. Tetapi akan dikonspirasikan apabila tidak menguntungkan!!!

Sejarah membuktikan bahawa orang yang tamak selalunya akan kerugian apatah lagi orang yang terlalu tamakkan kuasa sehingga dengan bongkak dan takbur menjaja diri bakal Perdana Menteri.Gila punya orang!!!!

Semoga pengundi Permatang Pauh dapat menilai yang mana intan yang mana kaca berdasarkan "track record" yang ada samada dari Parti Keadilan Rakyat ataupun UMNO.

Sewajarnya pengundi Permatang Pauh berserah diri kepada Allah sebelum menunaikan kewajipan sebagai pengundi kerana Allah jua yang Maha Mengetahui.

August 14, 2008

UiTM Tetap Milik Melayu

UiTM - dulu ITM, Maktab MARA atau Maktab RIDA - adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bumiputera. Kewujudannya adalah berasas dan berlandaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Status ini tidak perlu dipertikaikan. Ia juga tidak wajar dirobah. Janganlah kerana politik maka status ini mahu digolok-gadaikan oleh sesiapa.

Selaku alumni UiTM saya menyeru ratusan ribu graduan ITM dan kini UiTM, supaya bangkit, bersuara dan bertindak menentang sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat status quo IPT ini mutakhir ini.Saya harap rakan-rakan bangkit, bersuara dan bertindak untuk mempertahankan UiTM yang kini mahu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Maktab RIDA, Maktab MARA, ITM dan akhirnya UiTM, mempunyai sejarah yang panjang sejak penubuhannya pada 1956. Mutakhir ini UiTM mempunyai 1 kampus induk, 3 kampus satelit, 12 kampus cawangan, 8 kampus bandaraya dan 19 kolej bersekutu. Jumlah pelajarnya kini kira-kira 100,000 orang.Universiti ini menerokai bidang-bidang baru sejak berpuluh tahun yang lalu. Contohnya, sebelum masyarakat Malaysia mengenali komputer secara meluas, UiTM sudah memulakan kursus sains komputer sejak pertengahan 1960-an. Ia juga menyediakan pelbagai kursus lain yang mencakupi hampir semua bidang kehidupan, perniagaan, perdagangan dan perindustrian.

Oleh itu, mari kita pertahankan UiTM. Kita tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba merobah status quo di atas. Bujur lalu, melintang patah, seluruh lepasan UiTM mesti pertahankan IPT ini daripada diperkotak-katikkan oleh sesiapa.Dalam konteks ini, kita ucapkan syabas kepada lebih 3,000 pelajar UiTM yang hari ini berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam untuk menunjukkan sikap tidak kompromi mereka kepada sesiapa sahaja yang mahu menukar status quo UiTM.Kita juga ucapkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ibrahim Shah yang juga bertegas menentang apa jua percubaan untuk mengganggu-gugat universiti tersebut kebelakangan ini.

Kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, wajar kita beri amaran awal, jika apa yang telah beliau suarakan mengenai UiTM baru-baru ini terus disuarakan, bersedialah hadapi kunsekuensinya. Insaflah bahawa lulusan ITM dan UiTM yang ratusan ribu jumlahnya adalah satu force yang tidak boleh diperlekehkan oleh sesiapa, waima oleh seorang Menteri Besar!

Diolah untuk tatapan rakan-rakan.
Ihsan Kuda Kepang

Calon BN Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM, 13 Ogos (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya Datuk Ariff Shah Omar Shah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan nama Ariff Shah, 52, berkata setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa, beliau adalah calon terbaik menentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.Najib mengumumkan demikian di hadapan kira-kira lebih 3,000 penyokong BN di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di sini malam Rabu.Pilihan raya kecil kawasan parlimen itu diadakan ekoran penyandangnya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi berkenaan untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar.Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan 16 Ogos ini hari penamaan calon.Najib kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau yakin Ariff Shah telah berkhidmat dengan baik kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya dan mampu memberi khidmat kepada seluruh penduduk Permatang Pauh.Ariff Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 dengan mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.Pada pilihan Mac lepas beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.Menjawab soalan adalah bukan menjadi amalan dalam BN untuk seseorang wakil rakyatnya menjadi Anggota Parlimen dan ADUN secara serentak, Najib berkata tidak ada yang boleh menghalang pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan itu kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara dan parti pembangkang juga berbuat demikian.Kepada soalan sama ada pencalonan Ariff Shah boleh mengubah undi orang Cina kepada BN beliau berkata :" Saya masih berharap untuk peralihan semua undi."Najib juga yakin semua parti komponen BN akan bekerjasama bagi menjamin kejayaan perikatan itu."Kita bukan lihat perkara ini dari aspek pilihan raya tetapi kita perlu lihat dalam aspek keteguhan BN untuk jangka masa panjang," katanya.Najib berharap semua pemimpin dan anggota parti memberi sokongan penuh kepada Ariff Shah dan mereka yang tidak terpilih sebagai calon tidak bermaksud ia menjejaskan masa depan politik mereka."Saya juga berharap semua yang tidak terpilih (sebagai calon) supaya memberi sokongan penuh dan bekerjasama menggerakkan jentera parti bagi memastikan kemenangan calon dan BN pada pilihan raya kecil itu nanti."Bila berkempen nanti jangan kita ketepikan calon yang terpilih walaupun dalam bahagian kita tidak sokong dia (calon), jangan lihat dia sebagai musuh," katanya.Najib berkata pemilihan Ariff Shah juga adalah atas faktor kemenangannya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum lepas."Kita hendaklah bekerja sedaya upaya untuk mencapai kejayaan dan jangan ada pertimbangan lain dan jangan fikir siapa yang hendak jadi ketua bahagian atau sebagainya, sebaliknya fikirkan strategi untuk menang pilihan raya kecil itu nanti," katanya.Ariff Shah dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina di Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.Beliau petah berbahasa Mandarin dan Hokkien dan kefasihannya bertutur bahasa itu menyebabkan ramai kaum Cina kagum dengan ucapannya.Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Seberang Jaya dan ketua penerangan tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam parti pada pemilihan lepas.Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad dan Pengerusi MCA Negeri Datuk Liow Tiong Lai.

-- BERNAMA

Di Sebalik 16 Sept. 2008

Kita seringkali mempersoalkan kewajaran dan persoalan mengapa 16 Sept. 2008 dipilih oleh Anwar Ibrahim sebagai tarikh peralihan kuasa pentadbiran negara daripada kepimpinan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat. Semua rakyat Malaysia mengetahui tarikh ini yang diuar-uarkan oleh Anwar Ibrahim.

Selepas Pakatan Rakyat memenangi 5 buah negeri dalam PRU yang lalu, Anwar Ibrahim pada mulanya meletakkan tarikh peralihan kuasa sekitar bulan Jun tetapi mengubahkan tarikh berkenaan ke 16 Sept. 2008. Mengapa?

Tidak ramai yang menganalisis perubahan tarikh tersebut melainkan mengandaikan bahawa Anwar Ibrahim hanya cuba menarik perhatian Ahli Parlimen dari Sabah untuk menyokong beliau. Perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang strategis. Beliau tahu apa yang dilakukannya!

Sebagai mantan Timbalan Presiden UMNO, kedudukan beliau pada masa itu memberi seribu satu pengetahuan berkenaan selok belok ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan dan bahagian. Terutamanya berkaitan pemilihan dalam parti. Pengembelengan usaha dan kerja kuat ketika pilihanraya tidak sama dengan mobiliti usaha untuk memenangi jawatan dalam pemilihan parti.

Ada dengan sinis berkata bahawa pada setiap kali pilihanraya umum, ramai ahli-ahli UMNO tidur lebih awal berbanding ketika pemilihan parti. Inilah mungkin sebab musabab tarikh tersebut dipilih oleh Anwar Ibrahim. Penetapan tarikh yang beliau umumkan adalah berpunca dan berfaktorkan pengumuman Majlis Tertinggi UMNO berkenaan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi persidangan cawangan, mesyuarat perwakilan bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2008.

Beliau amat mengetahui ruang yang beliau ada untuk menumbangkan kerajaan BN adalah pada masa dan ketika tunggak utama BN iaitu UMNO sedang melalui proses pemilihan parti. Pada ketika ini ahli-ahli mahupun pemimpin tertinggi parti UMNO hanya akan berjuang untuk mengekalkan jawatan ataupun cuba mengambilalih jawatan daripada pimpinan sediada.

Sehingga kini, majoriti bahagian UMNO akan berlaku pertandingan tidak kira samada peringkat cawangan mahupun bahagian. Kelekaan inilah yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan. Pakatan Rakyat boleh dikatakan mengadakan ceramah-ceramah umum pada setiap hari menghentam, mengkritik dan mencaci hamun kerajaan. Tetapi BN, terutamanya UMNO tidak pula mengadakan ceramah-ceramah untuk bertindakbalas terhadap kritikan pembangkang terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Seharusnya sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut, BN dan UMNO yang perlu bertindak sebagai penyerang untuk senantiasa menyerang kerajaan Pakatan Rakyat! Di mana sifat-sifat pembangkang pada BN dan UMNO?

Yang lebih menggusarkan ialah, kita harus sedar dan lebih berwaspada perubahan yang akan berlaku pada kepimpinan peringkat bahagian UMNO di seluruh negara. Mengapa ini ditimbulkan?

Anwar Ibrahim agak lama di dalam kerajaan dan parti UMNO. Tidakkah kita sedar bahawa betapa ramainya kroni-kroni beliau yang tidak mengikut jejak beliau dipecat dan meninggalkan UMNO? Mereka ini berusaha untuk menempatkan diri di peringkat tertinggi bahagian sebagai Ketua dan jawatan-jawatan yang penting dalam UMNO. "Networking" Anwar Ibrahim bukan sahaja luar negara tetapi yang penting dan bahaya adalah di dalam negara.

Tidak mustahil juak-juak beliau akan membuat satu "U-Turn" yang bakal menggemparkan negara. Kita harus sedar bahawa masih ramai yang termakan budi dan jasa Anwar Ibrahim. Kepada Presiden UMNO, berhati-hatilah dengan tingkahlaku kepimpinan di peringkat bahagian. Kepada ahli-ahli Parlimen, tuan-tuan dan puan-puan adalah dipilih oleh rakyat atas dasar BN bukannya kebolehan individu. Maka sewajarnya kedudukan BN sebagai pentadbir negara dikekalkan secara bersepadu demi kesejahteraan rakyat.

Kepada PAS, bermuktamarlah sebaik mungkin demi Islam dan Melayu di negara ini. Jika UMNO Perak yang menawarkan kerjasama membentuk kerajaan Perak dikatakan sebagai rasuah politik, mengapa pula mesti menyokong Anwar Ibrahim yang cuba membentuk kerajaan melalui pintu belakang? Tidakkah itu juga rasuah namanya? mengapa pilihan rakyat dinafikan?

16 Sept. 2008 amat dinantikan semua rakyat. Adakah YB-YB sanggup mengkhianati keputusan rakyat? Samada berubah atau tidak hanya YB-YB Ahli Parlimen yang menentukan.

Yakin dan percayalah bahawa ALLAH akan melindungi hambaNya yang beriman.

August 11, 2008

Si Khatib Punya Auta II

Nampaknya memang Khatib ni sokong sungguh-sungguh kawan kita yang terlepas dari Sg Buloh. Apa ke tidaknya? Khutbah Jumaat lalu lagi sekali dia menghentam kerajaan kerana mengheret kawan dia ke muka pengadilan atas tuduhan yang sama seperti hujung tahun 90an. Konspirasi!! Inilah perkataan yang Khatib sebut atas mimbar.

Lalu dipersamakan Khatib dengan cerita Nabi Allah Yusuf yang direncanakan oleh saudara-saudaranya untuk dibunuh kerana iri hati Nabi Yusuf anak kesayangan ayah mereka. Kerajaan pimpinan UMNO dipersalahkan kerana memfitnah untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang disegani seluruh pimpinan dunia. UMNO juga dikatakan terlalu takut kepada rakan Khatib ini sehingga mereka-reka cerita dan membuat pendakwaan yang terpaksa di mahkamah bagi mengelakkan rakan Khatib bertanding di Permatang Pauh dan menjadi Ahli Parlimen.

Diceritakan panjang lebar bagaimana fitnah dan konspirasi berterusan terhadap Nabi Yusuf yang bersamaan dengan rakan Khatib ini sehingga akhirnya Nabi Yusuf menjadi Perdana Menteri Mesir pada ketika itu. Beliau dengan penuh taksub menyatakan dalam khutbah bahawa Allah jua akan menjadikan rakan beliau sebagai Perdana Menteri setelah mengharungi pahit getir cabaran politik.

Tetapi si Khatib lupa....Nabi Yusuf setelah dipenjara tidak pula memberontak, membuat demonstrasi di jalanan dan merusuh merosakkan harta benda awam. Yang Nabi Allah Yusuf lakukan semasa di penjara adalah bermuhasabah diri, mendekatkan diri pada Allah serta berdakwah kepada sekalian penghuni penjara.

Yang diceritakan semasa rakan Khatib dipenjara adalah menghina, membohongi rakyat bahawa sel penjara terlalu sempit, makan ikan kering dan tidak boleh bertemu dengan ahli keluarga dan cerita arsenik.Semua itu adalah pembohongan.

Si Khatib menuduh kerajaan berkonspirasi, memfitnah dan memburuk-burukkan rakan beliau tetapi apakah yang diucapkan oleh Khatib itu tidak fitnah? Di atas mimbar masjid pula tu!! Adakah si Khatib pernah bertanya kepada rakannya itu berkenaan tuduhan ke atasnya?Mengapakah rakan Khatib tidak berani bersumpah dengan Al-Quran demi menegakkan kebenaran?

Kepada Khatib dan mungkin juga penyokong rakan si Khatib, pernah diceritakan kepada penulis bahawa beberapa orang alim ulama pernah menghadiri majlis bacaan Yasin di rumah rakan Khatib setelah dipecat dari kerajaan suatu ketika dahulu. Apabila selesai majlis, bertanyalah seorang alim ulama kepada rakan Khatib adakah benar beliau tidak melakukan perkara terkutuk itu?Yang memusykilkan mereka ialah rakan Khatib tidak menjawab persoalan tersebut serta menukar topik perbincangan!

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita demi kesucian agama Islam dan kemakmuran Malaysia.

August 10, 2008

Tersirat dari Forum Memeluk Islam

Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam akhirnya diadakan jua walaupun mendapat tentangan daripada NGO-NGO Islam dan amaran oleh pihak berkuasa Malaysia. Walaupun berlangsung tidak seperti yang dijadualkan, Majlis Peguam membuktikan bahawa undang-undang Malaysia tidaklah sekeras yang disangka walaupun membincangkan persoalan agama majoriti penduduk negara ini.

Demonstrasi yang diadakan oleh Majlis Angkatan Antara Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (Mapan) di hadapan bangunan Majlis Peguam sekurang-kurangnya memberi petunjuk bahawa terdapat segelintir umat Islam yang tidak mahu agama Islam diperkotak-katikkan oleh manusia yang bukan beragama Islam. Dalam begitu ramai yang menentang secara terbuka penganjuran tersebut, hanya Ketua Penerangan Alumni Kelab UMNO Luar Negara yang hadir mewakili UMNO barangkali.

Dimana pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO tidak kira Pemuda, Puteri, Wanita dan Majlis Tertinggi di hadapan bangunan tersebut bersama-sama umat Islam yang lain? Mungkin mereka mengatakan bahawa tidaklah perlu berdemonstrasi demi agama, tetapi rakyat melihat ini suatu kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh pemimpin.

Biarkanlah pemimpin UMNO leka dengan persidangan cawangan!!

Untuk makluman, usaha sistematik telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu mendesak kerajaan meminda Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu peruntukan mengenai kebebasan beragama. Mereka telah mengumpulkan tandatangan dari bukan Islam untuk menyokong pindaan tersebut. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi ada peruntukan khusus bahawa Persekutuan boleh menggunakan undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganuti agama Islam.Inilah yang hendak dibincangkan atau dipinda oleh golongan bijak pandai ini.

Yang tersirat oleh tindakan Majlis Peguam sebenarnya ialah, menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa pematuhan undang-undang adalah mudah difahami. Sekiranya bersetuju patuhilah ia, tetapi jika sebaliknya maka berusahalah untuk menidakkan undang-undang tersebut walau apa jua cara sekalipun!

Dalam Protokol Yahudi (15) menyatakan " Di bawah pengaruh kita penggunaan undang-undang Gentile (negara bukan Yahudi) akan diturunkan ke tahap minima. Rasa hormat terhadap undang-undang akan dihapuskan melalui interpretasi liberal yang telah kita perkenalkan dalam bidang ini. Mahkamah-mahkamah akan membuat keputusan seperti yang kita arahkan, walaupun bagi kes-kes penting yang melibatkan prinsip-prinsip asas atau isu-isu politik, dan melihatnya dari arah yang sama seperti yang kita tunjukkan kepada pentadbiran Gentile melalui ejen-ejen kita yang tiada persamaan dengan kita, melalui pendapat akhbar dan lain-lain cara."

Perencanaan Yahudi terhadap Islam bermula telah begitu lama dan akan berterusan sehingga hari kiamat.

August 4, 2008

Betulka?

Hijrah merupakan suatu tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencuba nasib atau mencari tempat kediaman,kerjaya dan sebagainya yang baru selain sedia ada.Maknanya, perbuatan yang dituntut demi kebaikan individu tersebut.

Tapi....lain pula hal dengan hamba Allah ini yang bergelar Yang Berhormat Ahli Parlimen sebuah kawasan dalam Negeri Kedah.Yang diceritakan oleh orang bahawa beliau ini juga turut berpindah ke sebuah kediaman yang lain tetapi masih dalam kawasan parlimen beliau.Kononnya perpindahan itu atas tujuan mencari tempat yang lebih selesa selepas bergelar YB.

Kalau begitu baguslah demi kesejahteraan rakyat. Tetapi yang kita dengar bahawa YB baru ni berpindah bukan kerana sebab musabab tadi tetapi dikejar oleh beberapa orang kaum bukan bumiputera!!Semua ni bukan apa tapi pasal tak boleh tunai apa yang dijanjikan semasa kempen pilihanraya.

Ada yang kasar sikit sampai cekak leher YB kita tu. Nak menang pilihanraya hari itu macam-macam la janji kepada rakyat. Nak bina sekolah baru la, nak bantu fakir miskin la. Pendek kata macam-macam janji la.Tapi itu pendek kata, kalau panjang kata tak tahula macamana?

Dulu kata kalau menang apa saja kita boleh bantu rakyat, yang tak boleh bantu nak jadi Tuhan dan Nabi! Sedap sungguh kata YB ni. Tapi sekarang apa dah jadi? Lagi satu bila dah jadi kerajaan ni buatlah kerja cara kerajaan. Bukan kira nak ceramah saja siang malam. Tapi nak buat macamana dah kerja puak ni syok ceramah, depa ceramah jugak la macamana sekalipun!