July 28, 2008

Bila Dua Presiden Bertemu......

Sejarah telah melakarkan PAS pernah bersama UMNO dalam tampuk kepimpinan negara demi kemajuan Agama dan Bangsa. Pertemuan persamaan pada ketika itu memberi nafas baru dalam usaha meningkatkan martabat syiar Islam di Malaysia. Perseteruan di antara dua parti politik utama orang Melayu ini dianjakkan ke tepian sebagai titik tolak kepada persefahaman yang jitu.

Ketaksuban kepada parti berjaya dikurangkan.Walaupun persefahaman yang terjalin tidak kekal lama sebagaimana yang diharapkan, parti-parti ini masih lagi menjadi pilihan utama rakyat sebagai wadah siasah Melayu/Islam yang terbaik.

Setelah beberapa lama tidak lagi kedengaran ajakan pertemuan antara UMNO dan PAS, kini umat Islam kembali menerima khabar berita yang baik setelah YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi mengesahkan bahawa telah berlaku pertemuan di antara pimpinan tertinggi UMNO dan PAS dalam usaha merungkai kekusutan akibat pergolakan politik demi kelangsungan Islam dan Melayu di negara ini.

Perkhabaran ini menjadi menjadi topik perbincangan bukan sahaja dikalangan pemimpin politik tetapi juga para ilmuan Islam yang amat mengharapkan suatu kerjasama erat kedua-dua parti politik ini walaupun menghadapi kesukaran untuk bergabung sebagai entiti baru parti politik Malaysia.

Keterbukaan YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO serta keikhlasan YB Dato' Seri Hj Hadi Awang sebagai Presiden PAS untuk bertemu amatlah disanjung tinggi. Sewajarnya ahli-ahli UMNO dan PAS berdoa semoga pertemuan ini akan menjadi tanda aras baru budaya politik Malaysia ke arah kerjasama erat dalam pelbagai bidang terutamanya berkaitan Islam dan Melayu.

Walaupun demikian, parti-parti bukan Melayu dan Islam terutamanya DAP melihat pertemuan ini adalah sesuatu yang sukar diterima terutamanya dalam Pakatan Rakyat di mana mereka telahpun menang besar semasa Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. DAP melihat PAS telah menjadi duri dalam daging apabila memperkatakan tentang kerjasama dengan UMNO adalah terlalu bersifat keagamaan dan perkauman.

Keutuhan dan kekuatan orang Melayu di negara ini adalah faktor utama kestabilan politik Malaysia seharusnya diambil kira oleh DAP dalam mempersoalkan tentang kerjasama UMNO dan PAS. Mereka mestilah positif dalam hal seumpama ini sekiranya mahu demokrasi terus subur tanpa prejudis terhadap kepimpinan Melayu dalam mengawal dan memelihara perpaduan dalam negara.

Sebagai rakyat Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu, marilah kita buktikan kepada seluruh rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama bahawa kerjasama erat yang bakal terjalin di antara UMNO dan PAS akan memberi impak yang amat baik kepada perkembangan dan kemajuan negara ini. Islam adalah agama yang membawa kemakmuran kepada semua manusia di dunia ini.

Kepada Presiden UMNO dan PAS, teguhkanlah hati sanubari anda walaupun menerima pelbagai tekanan demi kecemerlangan agama Islam dan umat Melayu di bumi bertuah ini.

July 27, 2008

Pelancaran Buku Tuan Hj Abd Rahman Merbok

Tanggal 26 Julai 2008 mungkin adalah tarikh biasa bagi kebanyakan orang.Tetapi bagi rakyat yang mahukan perpaduan di antara dua parti sahsiah umat Islam dan Melayu di Malaysia yakni UMNO dan PAS merupakan sesuatu yang begitu menyentuh hati sanubari.

Pelancaran Buku Tn Hj Abd Rahman Merbok yang juga Guru Murshid Diraja merupakan suatu titik tolak kepada perubahan cara dan gaya kepimpinan politik Malaysia khususnya Kedah pada hari ini. Kesudian YAB Dato' Seri Hj Azizan Bin Abd Razak hadir bagi merasmikan program tersebut mempunyai signifikan yang amat positif kerana penganjurnya adalah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO sebagai pentadbirnya.

Kehadiran Ybhg Dato' Seri Zainuddin Bin Maidin [mantan Menteri Penerangan Malaysia] yang juga bekas Ahli Parlimen Merbok bersama-sama YBhg Dato' Mohd Amin Bin Hj Salleh [Ketua Pengarah JASA] begitu menarik minat dikalangan ahli politik Kedah. Apatah lagi dengan suasana yang semakin muhibbah di antara kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO untuk bertemu dan berbincang mengenai kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini pasca PRU 12 yang lalu.

Kehadiran kepimpinan UMNO dan PAS Merbok juga begitu dinanti-nantikan orang penduduk setempat. Apalah yang perlu kita bencikan di antara satu parti politik dengan parti politik yang lain walhal bangsa lain semakin menghimpit kedudukan dan mengambil hak kepunyaan orang Melayu.

Jabatan Hal Ehwal Khas bertindak bijak dengan membuka ruang dan masa untuk sama-sama kita meneruskan kerja-kerja amal kebajikan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Keterbukaan sebuah jabatan kerajaan persekutuan untuk berganding bahu bersama-sama kerajaan negeri ini amatlah dialu-alukan.

Semoga usaha yang mulia ini akan diteruskan dari hari ke hari demi keutuhan agama Islam dan pengukuhan orang Melayu serta perpaduan di antara kaum di negara Malaysia tercinta ini.

July 23, 2008

Bakal Pemimpin Jerai....

Calon-Calon Pemimpin UMNO Bahagian Jerai

Ketua Bahagian

1. YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail
2. YBhg Dato' Mohd Suhaimi Abdullah


Timbalan Ketua Bahagian

1. Ku Abd Razak Ku Ismail
2. Hj Mohd Fazillah Mohd Ali


Naib Ketua Bahagian

1. Ahmad Ikmal Dato' Ismail
2. Md Zain Saidin



Senarai adalah berdasarkan "hearsay" sehingga hari ini sahaja.

July 21, 2008

Pertempuran Terbuka..

Bermulanya persidangan cawangan-cawangan UMNO seluruh negara setelah mengalami kejutan dalam pilihanraya yang lalu sedikit sebanyak diperhati dan dianalisa oleh seluruh masyarakat terutamanya Melayu. Tumpuan diberikan kerana mereka yakin dan percaya bahawa UMNO yang ditubuhkan demi Agama, bangsa dan negara ini akan terus mengorak langkah berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia ini.

Kesinambungan kepimpinan sentiasa berlaku dalam UMNO dan sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu di dunia, UMNO akan terus diasak dan diganyang oleh musuh-musuh politik negara dan anasir-anasir luar yang mahu melihat wadah perjuangan Melayu ini tersungkur rebah ke bumi. Di Jerai.....

YB Dato'Dr. Ku Abd Rahman dijangka akan ditentang oleh Ybhg Dato'Mohd Suhaimi Hj Abdullah sebagai Ketua UMNO Bahagian. Pertembungan ini nampak seakan tidak dapat dielakkan lagi. Siapakah yang lebih menonjol dan akan berjaya?

Hanya ahli-ahli UMNO Jerai yang akan menentukan nasib mereka..............

Setelah YBhg Dato'Paduka Hj Badruddin Amiruldin dan YBhg Dato'Abd Razak Hashim mengumumkan tidak menawarkan diri lagi, ruang pertempuran semakin terbuka. Bermula dari Ketua Bahagian sehinggalah ke peringkat AJK Bahagian di semua sayap, calon-calon yang menawarkan diri semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri serta jawatan yang diinginkan. Kita tunggu dan lihatlah sehingga sebahagian besar daripada 148 cawangan bermesyuarat. Ketika itulah ahli-ahli UMNO dapat melihat dengan jelas pertempuran ini yang jarang-jarang berlaku di UMNO Bahagian Jerai.

Yang penting sebagai rakyat, pemilihan(pertempuran) haruslah berlaku dalam suasana muhibbah sesama Islam tanpa wujudnya prejudis dan fitnah di antara satu sama lain.Allah s.w.t akan meletakkan hambaNya yang bertakwa dan jujur dalam perjuangan ke tempat yang sewajarnya.

Selamat Bertempur!!!

Perjalanan Sebuah Sejarah.................

Pengumuman YBhg Dato'Paduka Hj Badruddin Bin Amiruldin untuk tidak bertanding pada pemilihan UMNO 2008 telah membuka lembaran baru serta melakarkan sejarah baru UMNO Bahagian Jerai. Kesinambungan pentadbiran yang dimahukan oleh Dato'Paduka setelah berakhirnya pilihanraya yang lalu bakal terjadi di Jerai.

Berakhirnya legasi beliau sebagai tokoh politik yang diwarnai pelbagai cerita suka dan duka memberi penghormatan yang tinggi kerana adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan seseorang pemimpin apabila berada di puncak.Syabas Dato'.

Sebagai seorang pejuang UMNO tulen, beliau begitu banyak berkorban masa dan tenaga untuk menegakkan agama dan bangsa di bumi Malaysia ini. Sejak bergelar Ketua UMNO Bahagian, telah banyak yang dilakukan samada pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan insan. Asalkan yang dibantu itu adalah Melayu, beliau akan terus membantu melalui apa jua cara dan tindakan. Kejayaan beliau di Jerai adalah mengurangkan kewujudan puak-puak dalam UMNO dimana inilah barah yang merosakkan UMNO di mata rakyat.

Ultra Melayu, caunivis dan sebagainya adalah puncak kemarahan rakyat bukan bumiputera kepada beliau. Kaum bukan bumiputera begitu marah apabila soal-soal ketuanan Melayu dibangkitkan dengan begitu lantang di Dewan Rakyat.Tetapi...apakah salahnya beliau mempertahankan hak dan milik Melayu yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Kini, wadah kepimpinan Jerai telah dibuka seluas-luas oleh beliau.Samada berlaku pertandingan atau tidak, ahli-ahli UMNO diserahkan kuasa untuk menentukannya.

Yang menarik...sebelum ini ada segelintir Ketua UMNO Cawangan mahukan Dato'Paduka meletak jawatan atas faktor usia dan tempoh yang lama sebagai Ketua Bahagian tetapi mereka itu sendiri tidak memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin cawangan walhal Ketua cawangan itu memegang jawatan tersebut jauh lebih lama sebelum Dato'Paduka menjadi Ketua Bahagian.

Teruskan perjuangan Dato'Paduka!!!!!

July 17, 2008

Jangan Persoalkan Hak Ketuanan Melayu

Oleh Pemikir Negara
MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, ingin tahu berapa jumlah perbelanjaan pelancaran Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER). Adakah ia dibiayai oleh Petronas atau dana kerajaan secara langsung?Beliau mahu tahu adakah secara khusus agensi peneraju pembangunan Wilayah Timur itu adalah Petronas atau agensi lain.Datuk Ibrahim berkata beliau difahamkan ialah ada agensi lain yang akan menerajuinya bukannya Petronas. Selain itu, beliau menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam ECER adalah perkara yang dilakukan oleh Petronas selama ini. Adakah Petronas hanya memberi input dan banyak perkara yang sudah disenaraikan dalam RMK9 dimasukkan dalam ECER?Beliau juga mahu tahu di mana wang itu diperolehi dan bimbang berlakunya pembaziran kerana perlantikan.Datuk Ibrahim mahu tahu ada sudah bermula projek itu dan tidak mahu ia tidak dilaksanakan.Mengenai biasiswa, Datuk Ibrahim menegaskan ia adalah hak bagi pelajar Melayu dan tiada kaitan dengan kuota untuk kaum lain. Menurutnya, beliau faham mengenai hak orang lain tetapi menegaskan tiada pihak yang akan mempersoalkan biasiswa itu adalah hak orang Melayu yang ditukar dengan kerakyatan kepada kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.Ia perlu dilihat dalam kontek itu. Beliau bagaimanapun, menyokong semua pihak diberi biasiswa mengikut pencapaian mereka daripada sumber lain.Datuk Ibrahim mencadangkan kerajaan menubuhkan dana khas tanpa menjejaskan bantuan kepada pelajar Melayu. Wang dana itu boleh disumbangkan oleh GLC untuk menolong kaum-kaum lain.Bagaimanapun, ketika beliau bercakap MP Batu Gajah bangun untuk meminta "penjelasan" daripada MP Pasir Mas tetapi tidak dibenarkan oleh Speaker. Langkah MP itu dilihat sebagai usaha untuk menganggu Datuk Ibrahim untuk meneruskan ucapan.Wira berpendapat tiada siapa yang perlu mempersoalkan hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.Rakyat negara ini perlu memahami dan menghayati Perlembagaaan agar mereka lebih menghormati apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tun Mahathir Tak Mudah Lupa

Some say let bygone be bygone. As good Muslims we should forget and forgive. It is easy to say this if you are not the subject of Anwar's plotting and vengeance. Itu pembuka kata tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya www.chedet.com. Dua kali berturut-turut bekas Perdana Menteri ini tulis pasal Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kehangatan kes dakwaan liwat terhadapnya dan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi surat akuan bersumpah P Balasubramanian yang kemudiannya ditarik balik.
Bagi Dr Mahathir seluruh hu ha drama politik pertaruhan besar yang dipertontonkan kini kepada ramai adalah hasil komplot oleh Anwar. "Saya tidak menagih simpati daripada sesiapa. Tetapi agak keterlaluan mengharapkan saya untuk melupa dan memaafkan sesuatu yang sedang berlaku akibat komplot oleh Anwar. "Anwar memang berjaya menghitamkan nama saya di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi juga di negara-negara Islam. Mereka semua fikir saya mencampakkan beliau ke penjara dengan sewenangnya atas sebab-sebab politik. "Beliau tidak pernah ceritakan bagaimana beliau dibicarakan, bagaimana beliau dibela oleh sembilan peguam, bagaimana hakim menulis keputusan 360-muka terhadap beliau, bagaimana rayuannya ditolak sebanyak dua kali," kata Mahathir.
Dr Mahathir menambah, "Beliau (Anwar) telah menyaman saya sebanyak RM100 juta. Beliau telah berjaya menyebabkan peguam saya hilang kredibiliti. Sekarang saya tidak mempunyai peguam untuk membela saya menentang samannya. Saya masih menghadapi saman beliau". Anwar, kata beliau, kini mengalihkan perhatiannya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Seperti biasa beliau (Anwar) mencari seseorang untuk membuat kenyataan yang mengandungi dakwaan terhadap orang itu. Nampak macam tidak ada kaitan antara komplot beliau terhadap saya dan serangannya terhadap Datuk Seri Najib. Dalam tulisan pertamanya mengenai isu itu Dr Mahathir bentangkan fakta-fakta mengenai penghakiman perbicaraan kes liwat Anwar pada tahun 2000-2004 dulu yang menurutnya tidak dilaporkan dengan jelas oleh media.
“Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya. Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya,kata Dr Mahathir. Menurutnya masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan. “Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. "Tun Jebat" pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi; "Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt". Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah. Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku. Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan. Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi. Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar. Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia. Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.”

Komen-Komen Mengenai Debat

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kerajaan bersedia pertimbangkan untuk membenarkan majlis debat mengenai isu-isu semasa selepas mengkaji kesannya debat Anwar vs Shabery.Bercakap kepada para wartawan selepas menghadiri majlis Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Perayaan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar Rabu beliau berkata kesan daripada debat itu akan ditinjau terlebih dahulu selain menilai dua aspek iaitu pendapat umum dan dasar terbuka kerajaan.Diminta mengulas mengenai debat itu Najib berkata debat itu secara umumnya diterima baik."Kita tengok reaksi rakyat nanti, isi adalah satu perkara dan style adalah satu perkara lagi," katanya.

Jumlah Penonton Debat.....4.4 juta

TV3 1.902 juta, TV9 1.938 juta, ASTRO Awani 338,000 dan Bernama TV 238,000. Jika jumlah penonton kesemua stesen televisyen ini dicampurkan seramai 4.4 juta rakyat Malaysia mengikuti Siri Debat Agendadaily antara Datuk Ahmad Shabery Cheek vs Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung oleh TV9, ASTRO Awani dan Bernama TV manakala siaran tertunda pula di TV3 Selasa malam.Jumlah ini adalah berdasarkan rating yang diberikan oleh stesen-stesen televisyen itu kepada Agendadaily Rabu.- 17/7/2008

July 16, 2008

JUBLI EMAS SULTAN KEDAH

Daulat Tuanku...

Semalam merupakan hari yang begitu bersejarah kepada seluruh Rakyat Negeri Kedah di mana KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyambut Jubli Emas Pemerintahan Baginda selaku Sultan negeri Kedah. Sambutan yang diadakan begitu meriah sekali dengan pelbagai acara yang menarik dipersembahkan kepada rakyat jelata.

Dengan ribuan rakyat yang menyambutnya di lokasi perarakan, suasana amat meriah dan begitu mengagumkan. walaupun demikian, rakyat mempersoalkan kerajaan negeri yang diberi amanah untuk mengelolakan program di mana terdapat begitu banyak kelalaian dan kealpaan yang jelas ketika program berlangsung. Janganlah dibicarakan soal kelemahan pemberitahuan berkenaan keadaan trafik pada hari raptai sahaja tetapi pada hari perarakan rakyat yang terlalu ramai memenuhi kawasan hadapan Balai Besar di mana ianya adalah kemuncak pada hari tersebut amat sukar untuk menyaksikan dengan mata dan kepala sendiri kerana kelemahan perancangan kerajaan negeri.

Tidak ada langsung skrin besar diletakkan di kawasan strategik untuk membolehkan rakyat menyaksikan hari bersejarah tersebut. Rakyat hanya dapat melihat secara samar-samar kecuali mendengar bunyi dentuman meriam. Kebanyakan rakyat mengeluh kerana penglihatan yang terbatas terutamanya yang membawa anak kecil dan ini amat mengecewakan mereka. Kelemahan ini sebenarnya amat disedari oleh penduduk sekitar di mana pembinaan serta pengubahsuaian kawasan Medan Bandar tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Kerja-kerja masih dijalankan sehingga ke pagi perarakan tersebut. Jika diperhatikan khususnya kawasan air pancutan, kayu-kayu pembinaan masih bersepah serta keadaan kolam yang teruk. Lebih memburukkan keadaan ialah pokok-pokok bunga yang baru ditanam yang tidak langsung menyerikan keadaan. Apakah sebegini lemahnya perancangan kerajaan negeri sehingga program Diraja yang sebegini penting tidak mendapat perhatian khusus daripada mereka?

Diharap kerajaan negeri dapat mengambil ini sebagai iktibar dan pengalaman dalam usaha mereka untuk melaksanakan apa jua program atau aktiviti yang membabitkan Istana dengan lebih cekap dan efisien.

Semoga KDYMM Tuanku Sultan akan terus berada dalam rahmatNya.

Daulat Tuanku.

DEBAT : BN vs PR

SYABAS dan TAHNIAH kepada YB Menteri Penerangan Malaysia yang berani menyahut cabaran dalam DEBAT yang berlangsung Di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam. Lihatlah betapa telus dan beraninya kerajaan menyiarkan debat itu secara langsung kepada dunia. Apa jua yang didebatkan semalam menjadi topik hangat perbincangan di kedai-kedai kopi seluruh negara.

Apa yang pasti, kedua-dua penyokong samada kerajaan mahupun pembangkang melihat dua individu berhujah berkenaan harga minyak tanpa sekatan di mana ia seharusnya dinilai sebaik mungkin demi kepentingan rakyat bukan sahaja pada hari ini tetapi juga masa depan warisan kita. Sepertimana kata YB Menteri malam tadi, pembangkang boleh membuat apa sahaja dalam janji mereka tetapi yang memikul tanggungjawab adalah pemerintah.

Kerajaan BN sekiranya mahu popular boleh sahaja menurunkan harga minyak ke paras terendah hatta memberi ia secara percuma tetapi beban yang akan tertanggung adalah lebih berat dan menyakitkan semua. Harapan penyokong Pakatan Rakyat untuk melihat formula Dato'Seri Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak juga tidak kesampaian kerana hujah tersebut adalah ketinggalan dan sememangnya telahpun difikirkan oleh kerajaan.

Yang penting pada rakyat kini, lihatlah bagaimana kerajaan memberikan ruang dan masa kepada pembangkang untuk berhujah apa jua permasalahan rakyat di medan yang adil dan begitu telus. Inilah intipati utama yang perlu dinilai dan dihargai oleh rakyat khususnya penyokong pembangkang.

July 13, 2008

Kena Tipu Lagi....

Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan serta hasil pertanian negara pelbagai program serta peruntukan diberi kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Untuk makluman pembaca, sekarang ni musim menuai padi khususnya di kawasan MADA. Nie baru nak cerita....

mengikut apa yang kita dengar.. sebelum padi boleh dituai pengilang padi yang kebanyakannya kaum bukan bumiputera menawarkan pembelian sehingga RM 1200/tan!! Kerajaan pun baru letak RM 750/tan. Adalah dua tiga orang pesawah yang dah tuai padi pi jual di kilang puak ni.. bila dah jual harga jadi RM900/tan pulak!! RM900 pun takpa la lagi tapi yang makin musykil ni bila resit pembelian keluar pengilang menahan pulak resit tersebut atas pelbagai alasan.

Yang kita dok dengar lanie pengilang membuat perundingan pulak dengan geng-geng depa untuk menetapkan harga yang sebenar yang perlu untuk pembelian padi setiap tan. Yang kita nak tau, perundingan tu dengan sapa?

Dahla ramai orang dok cerita depa ni kadang-kadang tipu penimbang. betoi ka dak tak tau la. cerita ni bukan apa, untuk makluman pihak berkuasa yang mesti ambil tindakan serta pemantauan ke atas semua kilang-kilang padi di negara ini. Takkan nak report baru ambil tindakan! Ustaz Azizan apa cerita? takkan tak ambil tau kot?

Si Khatib Punya Auta....

Ada la Hari Jumaat lepas di sebuah masjid di negeri jajahan takluk PAS di utara Malaysia memperkhutbahkan suatu tajuk yang amat bertepatan dengan masa dan ketika..

JUBLI EMAS PEMERINTAHAN KDYMM TUANKU SULTAN AL-HAJ ABDUL HALIM MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH itulah lebih kurang tajuk khutbah pada hari tersebut. Rakyat sekalian sidang Jumaat menantikan satu khutbah yang amat menarik menceritakan pemerintahan Tuanku di negeri Kedah tetapi amat berdukacita sebahagian isi kandung khutbah tidak banyak mengulas berkenaan corak dan cara kerja Tuanku yang amat diketahui sekalian rakyat jelata.

Tuanku bekerja sepertimana rakyat biasa bertugas di pejabat dengan waktu kerja serta rehat yang sama walaupun Baginda adalah pemerintah mutlak Negeri Kedah DarulAman.

Yang dikhutbahkan adalah fasik si pembawa cerita berkenaan mantan pemimpin negara yang dituduh meliwat! Dipetik firman dan hadis yang mengaitkan si fasik yang membawa cerita berupa fitnah terhadap IDOLA mereka walaupun si Khatib itu sendiri tidak mengetahui yang mana satu si FASIK!!!

Adapun kedengaran selepas Solat Jumaat di kalangan rakyat jelata yang jelas kecewa kerana rumah ALLAh dijadikan tempat untuk membela seseorang yang belumpun dibicarakan..... Apalah malang si Khatib yang seringkali mempertahankan sesuatu yang belum jelas di mata. TETAPI....bagi makmum sekalian kediaman sekitar masjid yang berkhariah di situ, yang amat JELAS bagi mereka adalah si Khatib yang tidak lagi memperdengarkan Ayat ALLah serta Hadis Nabi berkenaan HUKUM HUDUD!!!

Di mana letaknya hukum ALLAH tersebut selepas PAS diizinkan ALLAH memerintah sebuah negeri yang sejahtera ini sedangkan sebelum ini si Khatib itulah yang sekalian banyaknya berhujah/berkhutbah bahawa HUDUD adalah wajib dilaksanakan oleh pemerintah sesebuah negeri?

Depakecoh lagi.....

Himpunan Perpaduan Melayu

Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Kedah, satu perhimpunan telah diadakan yang dianjurkan oleh Sekretariat Perpaduan Melayu Jerai di mana ditampilkan pemidato berpengalaman seperti Dato’ Dr. Abdul Malik Bin Munip (sejarawan dan tokoh akademik) serta Ybhg Ustaz Kamal Bin Saidin (Aktivis Melayu).

Dengan kehadiran lebih 2,000 orang yang kesemuanya adalah Melayu, matlamat perhimpunan ini tercapai dengan ucapan serta perincian kedudukan orang Melayu dari pelbagai aspek oleh pemidato. Dato’ Dr. Abdul Malik Munip menceritakan permasalahan yang dicipta oleh penjajah untuk diteruskan oleh orang Melayu dengan harapan dan tujuan supaya Melayu itu akan terus berada di alam kemalasan dan khayalan bahawa Melayu itu tidak boleh berubah selama-lamanya.

Penjajah menakluki bukan sahaja Tanah Melayu tetapi peri pentingnya adalah minda Melayu itu. Ditanam dengan sifat-sifat negatif yang asalnya hanya sedikit tetapi apabila diulangi sepanjang masa dan ketika, ianya berubah menjadi kebiasaan yang dinamakan adat. Walhal menurut Dato’ Dr. Abdul Malik Munip, adat adalah suatu pegangan Melayu yang sebenarnya berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Oleh kerana itulah wujudnya “biar mati anak jangan mati adat”.

Ucapan Dato’ Dr. Abdul Malik Munip diakhiri dengan harapan supaya Melayu bersatu padu dan memegang beberapa peribahasa yang menunjukkan Melayu adalah yang amat berdisiplin bermula dari buaian hinggalah ke liang lahat.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit diterjemahkan kepada suatu permulaan bagi Melayu untuk menggapai kejayaan yang mendatang.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan ditampilkan supaya sesuatu kerja yang dilakukan mestilah bersungguh-sungguh walaupun terpaksa mengharungi kepayahan yang amat.

Diakhiri dengan genggam bara api biar jadi abu yang perlu diimplimentasikan sebagai suatu tanggungjawab serta amanah yang dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin dengan sepenuh kudrat sehingga memperolehi kejayaan dan kemengangan walaupun mungkin kita sendiri yang terkorban.

Nota: “Biar mati anak jangan mati adat”.
Jika anak telah dimatikan demi kelangsungan adat, siapa pula yang mewarisi adat?

Persidangan UMNO Cawangan

Bermula pertengahan Julai ini semua cawangan-cawangan UMNO seluruh negara akan bermusyawarah untuk menentukan hala tuju parti keramat ini. Yang dilebihkan sebenarnya yang dikatakan orang UMNO ini adalah pemilihan....seluruh pelusuk kampung dikunjungi oleh para pemimpin bahagian dengan tujuan mendapatkan pencalonan bagi membolehkan mereka ini bertanding di peringkat bahagian.

Yang memimpin dengan gerak kerjanya...
Yang dipimpin pula dengan lagaknya....
Yang nak jadi pemimpin pun juga dengan perilakunya....

Sesuatu yang tidak disangka sebenarnya telahpun terjadi sebelum musyawarah cawangan bermula.porak peranda jualah yang mencari pencalonan bukan kerana apa, tetapi takut terkesan akibat sesuatu yang tidak di sangka tadi!

Pengumuman YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Presiden UMNO bahawa peralihan kuasa telahpun bermula sehingga wisel penamat akan ditiupkan pada pertengahan 2010, memberi kesan yang sangat mendalam kepada semua ahli UMNO seluruh negara. Itulah...manusia sekadar merancang tetapi ALLAH jua yang menentukan.

Yang mempertahankan rasa lapang jugalah di dada...
Bukan apa..kot2 tempias di rasa.
Yang merebut pula makin penat di dada...
Mengharap di atas tidak tertempias di bawah.

Apa jua yang berlaku musyawarah tetap akan berlaku. Menjadi satu tanda perjuangan supaya kepimpinan yang sebanyak mana jua rupa dapat memberi khidmat yang terbaik kepada bukan sahaja rakyat jelata tetapi kepada ahli yang setia. Pertandingan rasanya tak dapat dielakkan lagi sepertimana arus TSUNAMI yang lalu. Yang penting perpaduan ahli tidak mudah dijual beli.

Bermusyawarahlah sebaik mungkin demi Melayu tercinta..................

Dengar kata......

Adalah satu hamba Allah bercerita tentang peri bagusnya YAB Menteri Besar baru di negeri Utara.Dia ni orang PAS la... macam-macam yang diceritakan bermula tarikh masuk Wisma Darulaman selepas PRU 12 sehinggalah hari ini. Retorika hamba Allah ni sampai orang belah-belah DUN MB baru ni percaya sungguh walaupun yang cerita ni tak kenal macamanapun MB dia ni.

Cara cerita dia ni kira MB tu boleh jadi PM la pulak! Yang tak baik tak ada langsung! Cara kerja, cara berbual, cara minum, layan orang dan macam-macam lagilah yang dia kata tak jumpa dah lepas ni MB macam ni..

Tapi yang kita dok dengar dari geng-geng Wisma, MB baru kerja urusan pejabat, nak jumpa orang di pejabat ka apa ka tak boleh lajak sampai pukul 2! Pasai apa pulak? Geng-geng tu kata MB baru nak rehat pasal ada penyakit yang kena rehat masa itu. Pasal sakit itu kita tau la tapi yang lebih kita tau malam-malam asyik dok syok ceramah merata tempat.

Kalau macam nilah pemimpin teruklah rakyat..

Malam berjaga siang terlena....
Depa syok tak sangga rakyat merana!

Hamba Allah tadi ni mungkin tak tau lagi cerita ni. Tapi yang pasti...depakecoh lagi!

July 10, 2008

Rumah Sendiri Dah La....

YAB Menteri Besar Kedah menyatakan bahawa bahawa beliau lebih suka meneruskan kehidupan sebagai Ketua Kerajaan Kedah dengan menduduki rumah beliau daripada duduk menginap di Mentalon..Inilah pemimpin rakyat!!!!

Baguih sungguh la Ustaz Azizan ni yang tak mau dok megah-megah di Kediaman Rasmi Menteri Besar.Buat apa pi dok di situ.....dulu boleh duduk di rumah biasa pasai pa la ni tak boleh.sama saja kita ni!

rakyat pun apa lagi...dok kedai kopi dok gebang kata baguih sungguh MB depa.kesian la pulak kat fanatik dia ni!yang depa tak tau, kalau dok di Mentalon..MB depa tu tak dapat la elaun rumah kerajaan negeri yang berapa angka tak tau la...tapi perasan-perasan banyak jugak!

depakecoh lagi.......

Petrol atau Makanan?

YB Menteri Penerangan dalam lawatan ke Venuezela menyatakan bahawa beliau terpaksa membayar pada harga RM 800 untuk nilai makanan hanya untuk 4 orang sahaja!! Iniadalah sesuatu yang amat berbeza dengan harga makanan di Malaysia. Harga yang terlalu mahal adalah diakibatkan kadar inflasi yang terlalu tinggi di antara 20 - 30 % setahun!

Ini sesuatu yang berbeza sekiranya dibandingkan dengan kadar inflasi di negara Malaysia iaitu hanya pada kadar 3 - 5 % yang berubah dalam kadar beberapa tahun. Secara perbandingannya kadar inflasi pada tahun 2004 hanya pada kadar 3.5% dan meningkat hanya kepada 5.6% pada 2008.

Sepertimana kita semua sedia maklum, Venuezela adalah sebuah negara pengeluar minyak yang terkemuka dunia sehingga pernah mengeluarkan minyak 5 juta tong sehari! Kini, Venuezela mengeluarkan sebanyak 2.4 juta tong sehari.

Walaupun harga petrol diturunkan sehingga RM0.30/liter!!!! hanya untuk menjadi kerajaan yang popular di kalangan rakyat, tetapi pada hakikatnya rakyat Venuezela terpaksa menanggung kos hidup yang terlalu tinggi. Minyak mungkin amat murah tetapi kos makanan adalah terlalu membebankan.

Pada dasarnya kerajaan Malaysia juga turut boleh menurunkan harga minyak ke paras yang terlalu murah untuk menjadi popular, tetapi peningkatan kadar inflasi akan menjejaskan kehidupan seharian rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak pada harga RM 2.70 pada 4 Jun yang lalu di samping mengekalkan subsidi sebanyak 30%.

Langkah ini diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan juga politik demi masa depan negara. Sebagai rakyat, anda boleh membuat pilihan samada untuk memilih Makanan atau Petrol pada harga yang murah. Tepuk dada tanya selera!

SIAPA MB PERAK SELEPAS MOHAMAD NIZAR.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wakil rakyat Pasir Panjang dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaludin, 51, dipilih sebagai Menteri Besar Perak padahal DAP mempunyai lebih ramai Adun (18) dan PKR juga mempunyai lebih dari PAS iaitu tujuh, manakala PAS hanya ada enam sahaja.PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam. DAP tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan beragama Islam. Menjadi syarat kepada MB Perak (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya) adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.Memandang perkembangan DAP di Perak masa kini,tidak mustahil Mohamad Nizar Jamaludin hanya akan menjadi Menteri Besar selama 1 penggal sahaja SEKIRANYA TIDAK MENGIKUT TELUNJUK DAP.DAP sedang berkira-kira untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar dalam pilihanraya ke 13,Undang-undang tubuh Negeri Perak menghalang bukan islam melayu menjadi Menteri Besar Perak.DAP sedang berkira-kira meletak calon DAP berbangsa Melayu sebagai calon dalam pilihanraya ke 13 yang mempunyai prinsip perjuangan DAP dan seterusnya bakal menjadi Menteri Besar yang pertama dari DAP.Tidak kah pimpinan PAS Pusat dan Negeri Perak terfikirkan faktor tersebut.Mampukah PAS menghalang calon DAP melayu menjadi Menteri Besar.Sama-sama kita lihat perkembangan seterusnya.