July 13, 2008

Persidangan UMNO Cawangan

Bermula pertengahan Julai ini semua cawangan-cawangan UMNO seluruh negara akan bermusyawarah untuk menentukan hala tuju parti keramat ini. Yang dilebihkan sebenarnya yang dikatakan orang UMNO ini adalah pemilihan....seluruh pelusuk kampung dikunjungi oleh para pemimpin bahagian dengan tujuan mendapatkan pencalonan bagi membolehkan mereka ini bertanding di peringkat bahagian.

Yang memimpin dengan gerak kerjanya...
Yang dipimpin pula dengan lagaknya....
Yang nak jadi pemimpin pun juga dengan perilakunya....

Sesuatu yang tidak disangka sebenarnya telahpun terjadi sebelum musyawarah cawangan bermula.porak peranda jualah yang mencari pencalonan bukan kerana apa, tetapi takut terkesan akibat sesuatu yang tidak di sangka tadi!

Pengumuman YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Presiden UMNO bahawa peralihan kuasa telahpun bermula sehingga wisel penamat akan ditiupkan pada pertengahan 2010, memberi kesan yang sangat mendalam kepada semua ahli UMNO seluruh negara. Itulah...manusia sekadar merancang tetapi ALLAH jua yang menentukan.

Yang mempertahankan rasa lapang jugalah di dada...
Bukan apa..kot2 tempias di rasa.
Yang merebut pula makin penat di dada...
Mengharap di atas tidak tertempias di bawah.

Apa jua yang berlaku musyawarah tetap akan berlaku. Menjadi satu tanda perjuangan supaya kepimpinan yang sebanyak mana jua rupa dapat memberi khidmat yang terbaik kepada bukan sahaja rakyat jelata tetapi kepada ahli yang setia. Pertandingan rasanya tak dapat dielakkan lagi sepertimana arus TSUNAMI yang lalu. Yang penting perpaduan ahli tidak mudah dijual beli.

Bermusyawarahlah sebaik mungkin demi Melayu tercinta..................

No comments: