July 21, 2008

Perjalanan Sebuah Sejarah.................

Pengumuman YBhg Dato'Paduka Hj Badruddin Bin Amiruldin untuk tidak bertanding pada pemilihan UMNO 2008 telah membuka lembaran baru serta melakarkan sejarah baru UMNO Bahagian Jerai. Kesinambungan pentadbiran yang dimahukan oleh Dato'Paduka setelah berakhirnya pilihanraya yang lalu bakal terjadi di Jerai.

Berakhirnya legasi beliau sebagai tokoh politik yang diwarnai pelbagai cerita suka dan duka memberi penghormatan yang tinggi kerana adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan seseorang pemimpin apabila berada di puncak.Syabas Dato'.

Sebagai seorang pejuang UMNO tulen, beliau begitu banyak berkorban masa dan tenaga untuk menegakkan agama dan bangsa di bumi Malaysia ini. Sejak bergelar Ketua UMNO Bahagian, telah banyak yang dilakukan samada pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan insan. Asalkan yang dibantu itu adalah Melayu, beliau akan terus membantu melalui apa jua cara dan tindakan. Kejayaan beliau di Jerai adalah mengurangkan kewujudan puak-puak dalam UMNO dimana inilah barah yang merosakkan UMNO di mata rakyat.

Ultra Melayu, caunivis dan sebagainya adalah puncak kemarahan rakyat bukan bumiputera kepada beliau. Kaum bukan bumiputera begitu marah apabila soal-soal ketuanan Melayu dibangkitkan dengan begitu lantang di Dewan Rakyat.Tetapi...apakah salahnya beliau mempertahankan hak dan milik Melayu yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Kini, wadah kepimpinan Jerai telah dibuka seluas-luas oleh beliau.Samada berlaku pertandingan atau tidak, ahli-ahli UMNO diserahkan kuasa untuk menentukannya.

Yang menarik...sebelum ini ada segelintir Ketua UMNO Cawangan mahukan Dato'Paduka meletak jawatan atas faktor usia dan tempoh yang lama sebagai Ketua Bahagian tetapi mereka itu sendiri tidak memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin cawangan walhal Ketua cawangan itu memegang jawatan tersebut jauh lebih lama sebelum Dato'Paduka menjadi Ketua Bahagian.

Teruskan perjuangan Dato'Paduka!!!!!

No comments: